Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang

Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang

Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan kerajaan yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Kedudukannya terletak kira-kira 1.5 km dari pusat Bandar Melaka. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai Gajah Berang Secondary Modern School dan kemudian ditukarkan kepada Gajah Berang Secondary English School (GBSES). Pemberian nama sekolah dikaitkan dengan nama jalan yang berhadapan dengan sekolah iaitu Jalan Gajah Berang yang menghubungkan Jalan Tengkera di barat dan Jalan Hang Tuah, Bachang di timurnya serta bersebelahan dengan perkampungan Chetti. Dalam usia yang mencecah lebih daripada separuh abad, SMK Gajah Berang telah memperoleh kecemerlangan dan kegemilangan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Selain itu, SMK Gajah Berang telah berjaya melahirkan generasi pelajar yang berilmu, bermoral dan berdaya saing. Kejayaan pelajar-pelajar SMK Gajah Berang telah mendapat pengiktirafan bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa khususnya dalam bidang kokurikulum.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang

Jenis sekolah Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Faks 06-2828691
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Lau Siong Du
Pengetua Tuan Haji Mohd Nizam Bin Abdullah
Kod sekolah MEB2091[1]
Ditubuhkan 1956
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Encik Kamis bin Aman
Pengerusi PIBG Dato' Ng Teng Yau
Moto Labor Omnia Vincit
Nombor sekolah 06-2831476

Rujukan

WikiPedia: Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang http://www.gajahberangalumni.com/content/about-gbs http://gajahberangschool.blogspot.my/ http://meb2091.1bestarinet.net/app/os#!0a395b6f598... http://meb2091.1bestarinet.net/app/os#!3ff4bd34d58... http://meb2091.1bestarinet.net/app/os#!922cdd1babc... http://web.archive.org/web/20170913184121/https://... https://www.facebook.com/SMK-Gajah-Berang-13015265... https://smkgb.wordpress.com/ https://www.youtube.com/embed/3BsvXvC70UY https://www.youtube.com/embed/51YvwdFBFKk